Sambal Ikan Bilis Tumis Berkicap Yang Membuka Selera!

Sambal Ikan Bilis Tumis Berkicap resepi masakan yang mudah, sedap dan mampu membuka selera tidak kira masa dan di mana jua!

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu penyediaan: 15 minit
Keistimewaan: Sambal Ikan Bilis Tumis Berkicap ini rasanya pedas-pedas manis.

Bahan-Bahan Sambal Ikan Bilis Tumis Berkicap:

1 biji bawang besar (dihiris nipis)
5 biji bawang merah (dihiris nipis)
2 biji cili merah (dihiris nipis)
2 biji cili hijau (dihiris nipis)
100 gram ikan bilis
5 sudu besar kicap manis
Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak Sambal Ikan Bilis Tumis Berkicap:




1.Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan cili merah dan cili hijau. Tumis lagi sehingga garing.
3.Masukkan ikan bilis. Kacau rata.
4.Masukkan kicap dan kacau lagi.
5.Boleh tambah kicap jika suka.

INFO CHEF
Jangan letak kicap terlalu banyak kerana sambal ini sifatnya kering dan bukannya berkuah.

Resepi Oleh:Chef Rasa